Anti pendatang di Australia

Anti pendatang di Australia semakin meningkat. Menurut sejarah, penduduk Australia berasal dari banduan / pesalah Britain dan pendatang dari Eropah yang berbahasa Inggeris. Apabila pendatang dari China, India dan Asia Tenggara semakin meningkat, rasa tidak p;uas hati timbul. Pendatang Asia ini menggunakan bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Arab dan lain-lain yang tidak difahami oleh penduduk tempatan. Sebagai pendatang , dianggap warganegara kelas dua, mereka sepatutnya mahir dan cekap berbahasa Inggeris dan tidak menimbulkan prasangka dengan menggunakan bahasa asing. Penguasaan ekonomi semakin meningkat terutama bidang profesional dan separa mahir. Wujud bandar dan pekan seperti 'Chinatown' dan 'Little India' di beberapa tempat.Rasa tidak puas hati ini tidak sahaja berlaku di Australia tetapi juga di Britain, Jerman dan lain-lain. Rasa tidak puas hati ini memuncak kepada rasa benci, permusuhan, pergaduhan, kebakaran, sabotaj dan rusuhan kaum.